DIALOG PERADABAN SEBAGAI SATU USAHA MEMUPUK SALING PERSEFAHAMAN DAN KEAMANAN ANTARABANGSA

Pendahuluan

Paparan mengenai pencerobohan, peperangan, pengeboman dan rusuhan yang mengakibatkan kematian banyak nyawa, kehilangan orang tersayang, kerosakan harta benda dan kemusnahan alam sekitar yang berlaku di beberapa buah negara adalah paparan biasa di media-mediamassa. Begitulah situasi dunia dewasa ini yang penuh dengan ketegangan dan persengketaan sehingga sukar untuk diramal bilakah dunia dan penghuninya akan menikmati kehidupan yang damai dan aman tanpa konflik?

Ketegangan dan persengketaanyang berlaku dalam sejarah peradaban manusia yang sedang melanda kini, seolah-olah membenarkan ramalan Samuel P. Huntington melalui bukunya yang menimbulkan kontrovesi iaitu “The Clash of Civilization and The Remaking World Oder”, bahawa dunia akan menyaksikan pertembungan dan pertentangan antara peradaban pada abad ke 21 ini dan akan menjadi penentu kepada masa depan politik dunia( Faudzinaim Hj. Badaruddin, t.t,). Malah melalui teorinya, Huntington telah mengaitkan Islam sebagai punca tercetusnya segala konflik. Maka tidak hairanlah sekiranya Barat hari ini telah menjadikan teori ini sebagai alasan untuk memerangi kumpulan-kumpulan Islam yang dianggap dalang keganasan dan pencetus konflik seperti yang diisytiharkan oleh pentadbiran Amerika Syarikat selepas peristiwa pengeboman pada 11 September 2001 di New York dengan melancarkan operasi ketenteraan di Afghanistan. Tindakan Amerika tersebut yang ternyata tiada alasan kukuh telah mengundang banyak ketegangan selepas itu. Continue reading “DIALOG PERADABAN SEBAGAI SATU USAHA MEMUPUK SALING PERSEFAHAMAN DAN KEAMANAN ANTARABANGSA”

Advertisements

MPU2313 PENGAJIAN ISLAM

MAKLUMAT KURSUS

PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA

CONTOH KERTAS KERJA (ASSIGNMENT)

ASSIGNMENT COVER MPU2313

TAJUK & PENYEDIA KERTAS KERJA

Markah Berterusan Sesi 0117 Klik Di Sini

NOTA KULIAH

Bab 1: Islam Sebagai Cara Hidup

Bab 2: Tasawwur Islam

Bab 3: Pandangan Alam Semesta

Bab 4: Konsep Jihad Dalam Islam

Bab 5 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan Islam

Bab 6: Konsep Pendidikan Islam

Bab 7: Konsep Pemerintahan dan Pentadbiran Islam

Bab 8: Konsep Perundangan Islam

Bab 9: Ekonomi Islam

Bab 10: ISLAM DAN CABARAN SEMASA

Gejala Keruntuhan Akhlak

Pembangunan dan Alam Sekitar

Sains Teknologi dan ICT

Globalisasi

Salah Faham Terhadap Islam

Perpaduan ummah

LATIHAN

Bab 1

Pembentangan Kertas Kerja Klik Di Sini

Skema Jawapan Ujian 1 Mac 2017 Klik Di Sini

MPU3123 TITAS

Panduan Penyediaan Kertas Kerja Klik Di Sini

Assignment Front Cover Template Klik Di Sini

Contoh Kertas Kerja (Assignment) Klik Di Sini

MARKAH BERTERUSAN (CARRY MARKS)

LATIHAN MPU3123 (STRUKTUR & ESEI)

Contoh Soalan Peperiksaan

Peperiksaan Pertengahan : Klik Di Sini

Peperiksaan Akhir:

DIS2014 Set A

DIS2014Set B

NOV2015 Set A

JAN2016 Set C

FEB2016 Set A

MEI 2017 Set A

Skema Jawapan Peperiksaan Akhir :

DIS 2014 Set A

DIS2014 Set B

NOV2015 Set A

JAN2016 Set C

FEB2016 Set A

MEI 2017 Set A

MPU3123 TITAS – Maklumat Kursus

Kod Kursus       : MPU3123

Nama Kursus    : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

Jam Kredit         : 3

Jam Temu          : 3

Semester            : 3

Status                 : Wajib MQA

OBJEKTIF

Objektif matapelajaran ini ialah untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang ilmu ketamadunan yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara pelbagai tamadun, isu-isu kontemporari dan implikasinya kepada proses pembangunan negara di samping melahirkan pelajar yang mempunyai sikap hormat menghormati, mengamalkan nilai-nilai murni dan mempunyai jatidiri sebagai warganegara.

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mempelajari kursus ini, pelajar dapat :

  1. Menyenaraikan konsep-konsep utama Tamadun Islam dan Tamadun Asia
  2. Menerangkan kepentingan dan peranan agama dan budaya masing-masing dalam kehidupan
  3. Mengaplikasi kemahiran komunikasi secara berkesan dalam penulisan dan lisan di peringkat individu, kumpulan dan masyarakat.
KANDUNGAN SILIBUS

 BAB 1: PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

  1. —Konsep Tamadun
  2. —Interaksi antara Tamadun
  3. —Dialog antara Tamadun

BAB 2: TAMADUN ISLAM

  1. —Pandangan Semesta Tamadun
  2. —Konsep, Sumber dan Asas Tamadun Islam
  3. —Kelahiran, Perkembangan dan Kemerosotan Tamadun Islam.
  4. —Prinsip dan Ciri Keistimewaan Tamadun Islam.
  5. —Sumbangan Tamadun Islam
  6. Jihad dalam Islam.

BAB 3: TAMADUN ASIA

—TAMADUN MELAYU

  1. —Konsep dan Asas Tamadun Melayu
  2. —Pandangan Semesta Tamadun Melayu
  3. —Pencapaian Tamadun Melayu

—TAMADUN INDIA

  1. —Konsep Tamadun India
  2. —Masyarakat dan Budaya
  3. —Pandangan semesta Tamadun India
  4. —Kepelbagaian Agama Tamadun India
  5. —Peranan Islam Dalam  Tamadun India
  6. —Pencapaian Tamadun India

—TAMADUN CINA

  1. —Konsep Tamadun Cina
  2. —Masyarakat dan Budaya
  3. —Pandangan Semesta Tamadun Cina
  4. —Kepelbagaian Falsafah dan Agama Tamadun Cina
  5. —Institusi Politik, Sistem Pemerintahan dan Kekeluargaan
  6. —Pencapaian Tamadun Cina

4.   CABARAN DAN ISU KETAMADUNAN

  1. —Dunia Berbilang Tamadun
  2. —Cabaran Globalisasi
  3. —Teori Pertembungan Tamadun
  4. —Dialog Peradaban
  5. —Pemupukan Nilai-nilai Sepunya
  6. —Isu-isu dalam Dialog Tamadun

PENILAIAN

1.PENILAIAN BERTERUSAN :       60%

  1. Penulisan Kertas Kerja (25%)
  2. Pembentangan Tugasan / Kertas Kerja (15%)
  3. Peperiksaan Pertengahan Semester (20%)

2.  PEPERIKSAAN AKHIR :             40%

Remaja perlu bijak hindari stres

Pondok Pasir Tumboh

MASALAH perhubungan dengan rakan sebaya dan keluarga sering timbul dalam kalangan remaja di sekolah menengah yang boleh menyebabkan tekanan atau stres. Antara situasi yang boleh menyebabkan tekanan adalah berkaitan dengan masalah hubungan dengan rakan sebaya dan keluarga.

Masalah ini walaupun nampak kecil, namun ia boleh menjejaskan perkembangan sosial anak-anak remaja yang sedang membesar. Kajian psikologi dan pembangunan manusia menjelaskan bahawa anak remaja memerlukan dorongan, bimbingan dan juga perhatian dalam permasalahan sosial mereka.

Kajian menunjukkan lebih 27 peratus atau sekitar 1,765 daripada 6,540 pelajar enam sekolah menengah di seluruh negara yang terbabit dalam projek perintis kelolaan Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental dikesan mengalami tanda-tanda masalah kesihatan mental yang teruk.

Kajian menunjukkan sebanyak 4.8 peratus atau 313 pelajar didapati mengalami masalah tekanan yang teruk (17.1 peratus atau 1,118 pelajar) dan tanda kemurungan yang teruk (5.2 peratus atau 340 pelajar).

Jika di kaji terdapat beberapa masalah hubungan dengan rakan…

View original post 293 more words

8 Ciri pemimpin adil, berwibawa

Pondok Pasir Tumboh

Miliki sikap belas kasihan, penyayang dan prihatin kebajikan rakyat bukti ketinggian iman

Menentukan dan memilih pemimpin adalah perkara penting dan menjadi kewajipan. Sejarah Islam membuktikan apabila wafatnya Rasulullah SAW, maka seorang khalifah terus dilantik menjadi pemimpin bagi menggantikan baginda.

Menurut pengkaji sains politik, kepemimpinan yang berwibawa dianggap paling berkesan kerana mampu membuat perubahan dan pembaharuan kepada rakyat. Dengan demikian, sebahagian besar tanggungjawab pemimpin untuk membawa perubahan dan pembaharuan positif kepada rakyat.
Merasai denyut hati rakyat

Pemimpin juga mampu mendengar, melihat dan merasai denyut hati rakyat terutama rakyat di luar bandar sebahagian besarnya terdiri daripada petani, nelayan, penarik beca, penoreh getah dan golongan pendapatan rendah yang mengharapkan pemimpin yang mampu mengubah nasib mereka.

Allah SWT telah mengingatkan bahawa kepemimpinan paling berkesan ialah kepemimpinan melalui teladan seperti dicontohi Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahanmu, yang…

View original post 551 more words