MPU2163 – Slide

Sejarah Awal Negara

Advertisements

MPU2163 PENGAJIAN MALAYSIA 2

Pengenalan Kursus

Kod Kursus       : MPU2163

Nama Kursus    : Pengajian Malaysia 2

Jam Kredit         : 3

Jam Temu          : 3

Status                 : Wajib MQA

PENGENALAN

Melalui mata pelajaran ini, semua graduan IPTS akan didedahkan dengan pelbagai maklumat awal negara.  Aspek-aspek kerjasama dan saling menghormati terhadap masyarakat berbilang bangsa di negara ini turut diajar kepada pelajar. Hal ini sejajar dengan hasrat kerajaan agar gagasan 1 Malaysia dapat dicapai dengan jayanya. Graduan yang bakal keluar dari IPTS  diharapkan bukan sahaja berkemahiran dalam lapangan profesional tertentu tetapi kenal dengan diri sendiri, masyarakat dan

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mempelajari kursus ini, pelajar dapat :

1.menerangkan sejarah bangsa,  negara dan proses politik dalam mencapai kemerdekaan.

2.membincangkan perkembangan masyarakat dari aspek sosiobudaya, politik dan ekonomi serta peranan Malaysia di peringkat antarabangsa.

3.menghuraikan komponen utama sistem dan jentera pentadbiran negara

4.menjelaskan dasar-dasar utama kerajaan dan sumbangannya kepada pembangunan negara

 

KANDUNGAN SILIBUS

Sejarah dan Politik

Bab 1. Latarbelakang sejarah  awal Negara.

1.1  Zaman Purba

1.2  Kerajaan Melayu lama

1.3  Zaman Penjajahan

1.4  Zaman Darurat

 

Bab 2. Kemerdekaan

2.1  Perjuangan bersenjata

2.2  Perjuangan semangat kebangsaan.

2.3  Malayan Union

2.4  Persekutuan Tanah Melayu

2.5  Perundingan Kemerdekaan

 

Bab 3: Pembentukan Malaysia

3.1  Faktor mendorong pembentukan Malaysia.

3.2  Reaksi terhadap gagasan

3.3  Tindakan ke arah pembentukan Malaysia.

3.4  Brunei menarik diri.

3.5  Tentangan luar

3.6  Singapura keluar dari Malaysia.

Bab 4. Sistem dan Struktur Pentadbiran Negara.

4.1  Pengkhususan kuasa

(pengasingan kuasa)

4.2  Badan Eksekutif

4.3  Badan Perundangan

4.4  Badan Kehakiman.

4.5  Pentadbiran peringkat negeri

 

Perlembagaan Malaysia

Bab 5 :Demokrasi Berparlimen di Malaysia.

5.1  Pilihanraya

5.2  Dewan Parlimen.

5.3  Dewan Undangan Negeri

Bab 6: Keluhuran Perlembagaan

6.1  Latarbelakang perlembagaan

6.2  Ketertinggian perlembagaan

6.3  Kandungan perlembagaan

Bab 7. Peruntukan utama Perlembagaan Malaysia.

7.1  Bahasa

7.2  Agama

7.3  Kewarganegaraan

7.4  Hak Asasi

 

Kemasyarakatan dan Perpaduan

Bab 8. Komposisi Etnik Penduduk Malaysia.

8.1  Penduduk Utama Malaysia

8.2  Saiz,struktur umur dan etnik penduduk Malaysia

8.3  Etnik Melayu

8.4  Etnik Cina

8.5  Etnik India

8.6  Orang Asli

 

Bab 9. Perpaduan Negara dan integrasi Nasional

9.1  Konsep masyarakat majmuk

9.2  Masalah integrasi nasional

9.3  Usaha ke arah perpaduan dan integrasi nasional

9.4  Asas perpaduan kaum

9.5  Strategi integrasi nasional

9.6  Kaedah mencapai integrasi nasional

Bab 10. Rukun Negara sebagai ideologi

10.1  Latar belakang

10.2  Objektif rukun Negara

10.3  Prinsip rukun negara

 

Pembangunan Negara

Bab 11. Rancangan dan visi pembangunan

11.1  Konsep pembangunan

11.2  Matlamat pembangunan Negara

11.3  Dasar pembangunan Negara

11.4  Rancangan Lima tahun kerajaan

11.5  Rangka rancangan jangka panjang 1,2,3

– Dasar ekonomi baru

– Dasar pembangunan  nasional

– Dasar wawasan Negara

11.6  Wawasan 2020

 

Bab 12. Dasar-dasar utama Malaysia

12.1  Dasar berteraskan ekonomi

– Dasar pertanian Negara

– Dasar pensyarikatan Negara

– Dasar penswastaan Negara

– Dasar pembangunan  nasional

– Dasar perindustrian Negara

12.2  Dasar berteraskan kemasyarakatan

– Dasar perpaduan nasional

– Dasar kebudayaan Kebangsaan

– Dasar penerapan nilai-nilai islam dalam pentadbiran

– Dasar wanita negara

12.3  Era sains dan teknologi canggih

– Dasar sains dan teknologi negara

12.4  Reformasi pendidikan

– Dasar Pendidikan kebangsaan

 

Isu-isu keprihatinan Negara.

Bab 13. Dasar Malaysia mengenai hal ehwal serantau dan dunia

13.1  ASEAN

13.2  Malaysia dan hal ehwal dunia

13.3  KOMANWEL

13.4  Kerjasama selatan-selatan

13.5  Pertubuhan Negara-negara Islam

13.6  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

13.7  UNESCO

Bab 14. Pembangunan dan Alam sekitar

14.1  Pemeliharaan dan      pemuliharaan kualiti alam sekitar

14.2  kesedaran dikalangan badan rasmi dan rakyat

 

Bab 15. Pembangunan Insan.

15.1  Program khusus pembangunan insan   kerajaan

15.2  Daya saing dan ketahanan  diri

15.3  Nilai-nilai murni dalam konteks globalisasi

15.4  Penyalahgunaan dadah dan HIV/AIDS

15.5  Cabaran remaja dalam arus pembangunan.

Bab 16. Pemikiran dan Kepercayaan

 16.1 Perkembangan Agama Di Malaysia

16.2 Islam Dalam Perlembagaan Malaysia

16.3 Islam Dan Masyarakat Majmuk

16.4 Toleransi Agama

 

Bab17: Pengenalan Pengajian  Warisan – Majlis Amanah Rakyat (MARA)

17.1 Sejarah Penubuhan RIDA (Rural & Industrial Development Authority)

17.2 Kontrak Sosial

17.3  Latarbelakang Masyarakat Melayu

17.4 Organisasi Pentadbiran MARA

 

Bab17: Pengenalan Pengajian  Warisan – Majlis Amanah Rakyat (MARA)

17.1 Sejarah Penubuhan RIDA (Rural & Industrial Development Authority)

17.2 Kontrak Sosial

17.3  Latarbelakang Masyarakat Melayu

17.4 Organisasi Pentadbiran MARA

 

PENILAIAN

PENILAIAN BERTERUSAN :      70%

a.Kuiz (10%)

b.Peperiksaan Pertengahan Semester (20%)

c.Tugasan / Kertas Kerja (40%)

PEPERIKSAAN AKHIR : 30%

 

Dialog Antara Peradaban / Tamadun

Pengenalan

  1. Zaman ini digelar sebagai zaman Dialog lantaran perkembangan sains dan teknologi yang semakin pesat dan berkembang.
  2. Kesedaran masyarakat dunia tentang pelbagainya budaya dan agama dalam masyarakat manusia maka dialog adalah menjadi satu keperluan. Kesedaran ini disebabkan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.
  3. Melalui dialog manusia boleh membincangkan perkara-perkara yang boleh atau perlu disepakati dan sebaliknya.
  4. Merujuk situasi di Malaysia, melalui dialog boleh memanfaatkan keadaan di mana nilai-nilai tamadun yang diwarisi rakyat Malaysia banyak persamaan dari sudut adab, kemanusiaan dan alam.

 

Definisi Dialog

  1. Dialog diertikan sebagai satu perbincangan @ perundingan antara dua pihak yang bertelingkah (Kamus Dewan)
  2. Ia juga bermaksud suatu percubaan antara dua pihak yang berlainan pendapat, kepercayaan, pandangan untuk melakukan satu aktiviti pertukaran  pendapat dengan tujuan menambah pengetahuan, meningkatkan kefahaman dan membolehkan utk saling memahami.

 

Pembudayaan Dialog di Malaysia

  1. Usaha-usaha untuk mengadakan dialog antara agama dan kaum di Malaysia sememangnya telah pun ada sejak sekian lama iatu 1980an lagi
  2. Ahli akademik, ahli agama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan dalam usaha mengadakan dialog
  3. Dialog dalam kehidupan seharian telah pun berlaku melalui proses bekerjasama, berkomunikasi dan hidup bersama dalam pekerjaan, persekitaran sekolah, hospital dan sebagainya.

 

Prinsip-prinsip Dialog

Beberapa prinsip dialog perlu diambil perhatian dalam usaha ke arah mewujudkan perpaduan dan persefahaman antara tamadun atau kaum.

  1. memahami dan menyedari tujuan dialog yang menjurus kepada kebaikan
  2. memberi manfaat kepada kedua-dua pihak
  3. dijalanakan dengan penuh keikhlasan
  4. mampu menjelaskan pandangan dengan baik
  5. peserta dialog hendaklah sedaya upaya memahami persepsi dan pengalama rakan dialognya
  6. hendaklah berhemah semasa memberikan pandangan terhadap tamadun orang lain
  7. tidak mempunyai prejudis

 

Halangan-halangan Dialog

Terdapat beberapaa halangan yang menghalangi suatu dialog itu diadakan. Antaranya:

  1. Bimbang bertukar agama. Keadaan ini berlaku jika  perbincangan berkaitan perbandingan agama menjadi topik utama.
  2. Merasa rendah diri. Ini menyebabkan ramai tidak bersedia untuk berdialog.
  3. Sindiran sosial. Iaitu ada pihak-pihak dalam kalangan penganut atau kaum yang sama mempertikaikan ketulinan atau pegangan agamanya atau budayanya jika dia berbaik-baik dengan penganut atau kaum lain.
  4. Syak wasangka. Iaitu wujud rasa curiga terhadap penganjur dan pendialog terhadap tujuan dialog diadakan.

Halangan ini dapat diatasi sekiranya etika dialog dipraktiskan iaitu setiap agama dan tamadun dihormati dan ciri-ciri serta prinsip agama dan tamadun tidak dijadikan bahan perdebatan.

Ciri-ciri Keistimewaan Tamadun Islam

 

Di antara ciri-ciri tamadun Islam, ialah:[1]

Rabbani

Tamadun Islam adalah tamadun yang didasari oleh nilai-nilai ketuhanan dan keagamaan. Sumber matlamat dan tujuan kehidupan manusia telah ditetapkan oleh Allah. Al-Quran  menjadi sumber dan pedoman kepada kegiatan hidup manusia. Tanggungjawab manusia ialah sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi.

Keseimbangan dan kesederhanaan

Keseimbangan bermaksud seimbang di antara dua keadaan yang bertentangan. Umpamanya, seimbang antara kerohanian dan kebendaan, antara tanggungjawab ibadah terhadap Allah dan urusan kehidupan, antara kepentingan individu dan masyarakat.

Universal

Tamadun Islam tidak terikat kepada bangsa tertentu, tempat dan tempoh tertentu bahkan ia milik seluruh manusia yang berpegang kepada ajaran Islam. Perkembangan tamadun Islam berpegang kepada konsep ummah dan tidak disandarkan kepada sesuatu bangsa atau kawasan. Berbeza dengan tamadun lain seperti tamadun Cina, tamadun India, tamadun mesophotamia, dan tamadun Parsi.

Ideal dan realistik

Islam sentiasa meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan yang dapat dicapai. Iaitu dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia agar tidak bercanggah dengan ajaran Allah. Realistik dari segi mengambil kira hubungan dengan alam sejagat atas dasar bahawa alam merupakan suatu hakikat yang berlaku di dunia nyata yang menunjukkan hakikat kewujudan Allah

Tetap dan anjal

Iaitu tetap atau tidak berubah pada sasaran dan matlamat pembinaan tamadun, tetapi anjal dari sudut cara dan teknik perlaksanaannya dengan memberi kebebasan dari sudut merealisasikan tamadun dengan mengambil kira matlamat yang hendak dicapai.

Menyeluruh

Tamadun Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk undang-undang, aqidah, akhlak, hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan manusia dengan makhluk lain serta hubungan antarabangsa.

 

[1] Che Zaharah Abdullah dan Rasidah Mahmood, Konsep Tamadun Islam, Kertas Kerja Bengkel Pemantapan Pengajaran Kursus Pemikiran dan Tamadun Islam CTU151, 14-15 Jun 2006, Shah Alam: UiTM

Bentuk Interaksi Antara Tamadun

  • Saling berhubungan atau interaksi sememangnya berlaku antara tamadun sepanjang sejarah.
  • Interaksi antara tamadun telah melahirkan banyak kesan positif di samping turut memberi kesan negatif.
  • Wujudnya interaksi ini adalah disebabkan semangat toleransi dan sikap saling hormat menghormati yang ditunjukkan antara tamadun dengan tamadun lain.
  • Sikap yang sedemikian rupa akan memungkinkan percambahan pemikiran dan budaya serta nilai.
  • Terdapat beberapa jenis interaksi antara tamadun, antaranya:
    • Interaksi dalam lingkungan budaya yang sama
    • Interaksi antara budaya dan tamadun yang berbeza
    • Interaksi antara tamadun yang kuat dengan yang lemah
    • Interaksi dalam sejarah

Interaksi dalam lingkungan budaya yang sama

  1. Ianya merujuk kepada hubungan satu budaya dalam sesuatu kaum. Misalnya, masyarakat Melayu yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Banjar, Jawa, Bugis, Minang dan sebagainya yang masing-masing mempunyai budaya dan adat resam tersendiri.
  2. Misal lain, seperti di India antara masyarakat Islam dan Hindu. Walaupun berbeza pegangan agama dan kepercayaan namun dar
  3. Dari segi budaya, masyarakat Hindu di Utara India menerima unsur-unsur keIslaman dalam budaya berpakaian, pemakanan dan seni bina. Manakala masyarakat Islam menerima unsur-unsur tertentu termasuk seni bina, muzik, pakaian masyarakat Hindu.
  4. Umumnya setiap kelompok masyarakat mengamalkan budaya yang hampir sama, tetapi dalam suasana atau majlis tertentu memperlihatkan kelainan budaya yang diamalkan menurut suku kaum tersebut.

Interaksi antara budaya dan tamadun yang Berbeza

  1. Suatu kaum yang berlainan kepercayaan dan budaya dapat saling berinteraksi. Misalnya, masyarakat Islam dengan masyarakat Buddha seperti di Malaysia.
  2. Meskipun agama dan budaya begitu berbeza, namun masyarakat Cina yang kebanyakkan beragama Buddha tidak dihalang mengamalkan agama dan budaya mereka di negara yang majoritinya beragama Islam.
  3. Keadaan ini disebabkan interaksi yang didasari sikap toleransi dan saling hormat menghormati antara satu sama lain yang ditunjukkan.

Interaksi antara Tamadun yang kuat dengan yang lemah

  1. Interaksi jenis ini dapat dilihat dalam sejarah pemerintahan Islam dari zaman Nabi Muhammad s.a.w sehingga zaman kerajaan Islam Uthmaniyyah. Masyarakat Yahudi dan Kristian yang merupakan masyarakat minoriti hidup harmoni dan damai di tengah-tengah masyarakat Islam yang merupakan golongan majoriti.
  2. Golongan minoriti diberi hak kebebasan hidup dan mengamalkan agama mereka selagi tidak mendatangkan masalah atau melanggar hak golongan lain
  3. Interaksi jenis ini termasuklah interaksi antara tamadun Barat yang menjajah masyarakat Melayu di alam Melayu suatu ketika dahulu.
  4. Kedatangan penjajah Barat telah mendatangkan kesan kepada masyarakat Melayu dalam pelbagai aspek termasuk pemikiran.

Interaksi dalam sejarah

  1. Saling berhubungan dan interaksi antara Islam dengan falsafah Konfusius yang telah bermula sejak abad ke 7M antara contoh interaksi dalam sejarah.
  2. Peringkat awal hubungan antara masyarakat Islam dengan masyarakat Cina di Cina adalah disebabkan hubungan perdagangan.
  3. Terdapat saudagar-saudagar Arab dan Parsi yang bermaustatin di Cina dan melalui proses interaksi termasuklah perkahwinan dan menjadi sebahagian masyarakat tempatan.
  4. Beberapa tokoh Islam turut memberi sumbangan kepada pemikiran Konfusianisme dan ada juga yang memberi sumbangan kepada bidang astronomi, seni bina, perkapalan dan ketenteraan.
  5. Apa yang menarik ialah terdapat kesejajaran antara ajaran Islam dengan ajaran Konfusianisme
  6. Keadaan ini menggambarkan kesan positif daripada interaksi antara tamadun.

Allah Melarang Mencela Sesama Sendiri

FIRMAN Allah Taala bermaksud: “Dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman, dan siapa yang tidak bertaubat,maka mereka itulah orang yang zalim” (Surah al-Hujurat, ayat 11)

Al-Quran menggariskan beberapa panduan bagi membina masyarakat harmoni, aman dan damai. Sebagai lanjutan daripada itu, Allah Taala menjelaskan – jangan ada di antara kamu sikap saling cela mencela sesama sendiri, sama ada celaan itu dalam bentuk kata-kata, perbuatan atau isyarat.

Dalam ayat ini Allah swt jadikan celaan terhadap saudaranya bagaikan celaan ke atas diri sendiri. Ini bererti, sekiranya tiada seorang pun yang sanggup mencela dirinya sendiri, maka demikianlah hendaknya Islam tidak mahu kita mencela orang lain.

Dalam ayat lain, Allah swt mengutuk perbuatan mencela dan pelakunya dengan berfirman:

“Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat dan pencela”. (Surah al-Humazah, ayat 1)

Seterusnya, Islam melarang umatnya daripada menggelar saudaranya dengan gelaran yang buruk dan tidak disukainya. Sebagai contoh memanggilnya hai fasik, hai munafik atau memanggilnya dengan nama binatang seperti hai anjing atau lembu. Dalam hal ini, dikecualikan bagi gelaran yang sudah terkenal pada seseorang itu, seumpama orang yang berkepala botak digelar Man Botak atau sebagainya.

Kesimpulannya, Allah menyifatkan mereka yang melakukan  perbuatan-perbuatan tadi iaitu merendah-rendahkan orang lain, mencela dan menggelarkan seseorang dengan gelaran yang tidak disukainya, sekiranya mereka tidak bertaubat, maka mereka termasuk golongan orang yang zalim iatu mereka menzalimi diri sendiri dengan melakukan perkara yang dilarang Allah dan akhirnya ia terdedah kepada azab-Nya.

Apabila sikap cela-mencela tidak wujud dalam sesebuah masyarakat, dengan sendirinya hubungan antara anggota msyarakat itu akan terjalin mesra, berkasih sayang, tolong menolong bagaikan sebuah keluarga besar. Masing-masing mengharapkan ketenangan dan kedamaian hidup bermasyarakat di dunia dan sekali gus kebahagiaan hidup di akhirat nanti.

Demikianlah Islam meletakkan asas keimanan kepada Allah supaya ia benar-benar bertepatan dengan prinsip sebagai seorang hamba Allah. Larangan melakukan perbuatan-perbuatan tersebut juga menepati salah satu daripada prinsip maqasid syariah iaitu memelihara maruah dan kehormatan orang lain.

Sumber: Berita Harian