Konsep Jihad

Jihad diertikan sebagai menegakkan kalimah Allah swt di muka bumi. Islam adalah suatu proklamasi umum untuk membebaskan umat manusia daripada menjadi mangsa pengabdian sesama manusia kepada pengakuan ketuhanan Allah swt. Untuk menuju ke arah matlamat pembebasan seluruh umat manusia, tentunya berhadapan dengan pelbagai bentuk tentangan dan cabaran, baik berbentuk akidah mahupun kekuasaan-kekuasaan politik, ekonomi, budaya dan sebagainya. Di sinilah timbulnya keperluan berjihad iaitu suatu perjuangan baik secara dakwah mahupun harakah untuk membebaskan manusia daripada pengabdian terhadap sebarang bentuk kuasa selain Allah swt.

Menurut Md Akhir Hj Yaacob, Jihad dengan berbagai peringkatnya adalah merupakan cara atau jalan untuk mengekalkan Islam, meneruskan Islam, menegakkan Islam dan meninggikan kalimahnya. Jika jihad tidak ada Islam itu sendiri akan terancam dan dihapuskan oleh musuh.

Dalil Jihad fi Sabilillah (jihad pada jalan Allah)

Firman Allah swt, bermaksud:

Wahai orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?,  Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta berjuang membela agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”(Surah as-Saaf: ayat 10-11)

“Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang kafir dan munafik, dan bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah Neraka Jahanam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali”(Surah at-Taubah: ayat 73)

“Dan perangilah kerana agama Allah akan orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang menceroboh”(Surah al-Baqarah: ayat 190)

Peringkat-peringkat Jihad

  1. Jihad al-Nafs (melawan nafsu)
  2. Jihad melawan syaitan
  3. Jihad menentang orang kafir dan munafiq
  4. Jihad menentang penguasa zalim, mungkar dan bidáh

Jihad Al-Nafs

  1. mempelajari dan mendalami ilmu agama yang tanpanya tidak akan mencapai kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat
  2. beramal dengan ilmu kerana ilmu tanpa amal tidak akan memberi manfaat kepada tuannya.
  3. jihad berdakwah untuk ilmu itu dan mengajar adab-adabnya.
  4. jihad bersabar dan menanggung kesusahan dakwah

Jihad Melawan Syaitan

  1. melawan saranan dan bisikan syaitan yang sentiasa meragu-ragukan dan mencacatkan iman
  2. menentang nafsu dan perasaan was-was

Jihad menentang orang kafir dan munafiq

Jihad peringkat ini dilakukan melalui hati, lisan, harta dan diri

Jihad menentang penguasa zalim, mungkar dan bidáh

  1. Dengan tangan (kuasa) bagi orang yang berkuasa
  2. Dengan lidah dan jika tidak berupaya;
  3. Dengan hati iaitu membenci dan tidak merelai perbuatan dan tindakan zalim, mungkar dan bidáh

Salah Faham Barat Terhadap Jihad

Di dalam Islam, jihad mempunyai pengertian yang tersendiri dan mencakupi segala aspek. Peperangan adalah sebahagian daripada jihad, namun sesekali tidak boleh disamakan dengan perang biasa yang berlaku di dalam masyarakat manusia. Sebahagian besar sarjana Barat berpandangan, jihad disamakan dengan perang suci dalam Kristian. Akibat dari pengertian jihad yang salah ini mereka membuat gambaran buruk terhadap jihad dalam Islam. Mereka menggambarkan yang jihad itu tidak mengenali batas kemanusiaan, memaksa menganut Islam dan membunuh musuh di bawah laungan Allahu akbar. Demikianlah tuduhan yang sengaja dibuat untuk memberi gambaran buruk terhadap Islam.

Hakikatnya, jihad dalam Islam tidak boleh disamakan dengan peperangan biasa kerana peperangan biasa itu tidak bersih daripada keinginan diri atau keinginan individu. Islam tidak melihat kepentingan sesuatu umat tertentu dengan menindas umat lain dan Islam tidak bermaksud untuk mengangkat sesuatu bangsa dengan menjajah bangsa lain. Apa yang dipentingkan dalam Islam ialah kebahagiaan dan kejayaan manusia seluruhnya daripada kezaliman, penindasan serta kemungkaran agar manusia dapat mengabdikan semata-mata kepada Allah swt

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s